Tuesday 19 July 2011

titik-titik permulaan......

assalamualaikum w.b.t....

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana proposal tentang penubuhan alumni asrama smk alor akar telah berjaya di hantar ke pengetua smk alor akar....alhamdulillah juge kerana perjumpaan di antara pengerusi kita, mohd hasra ibrahim dan saya mohd zhafran zaid dengan pihak pengetua smk alor akar berjalan lancar....buat mase ini alumni kita ini akan bernaung di bawah alumni sekolah....insyALLAH selepas ini saya akan memasukkan entry baru tentang penubuhan dan peraturan-peraturan yang terdapat dalam alumni ini....mane-mane ahli yang berminat untuk membuat program bolehlah menghantarkan proposal kepada saya atau pengerusi kita sendiri untuk pertimbangan.

selain itu,baru-baru ini pada 16 julai 2011 saya dan pengerusi kita sendiri telah menabur bakti di smk alor akar...seperti mana kita sedia maklum pihak smk alor akar telah mengadakan hari kokurikulum pada tarikh tersebut..saya dan kanda hasra telah di jemput sebagai penyampai radio (DJ) pada hari tersebut...alhamdulillah semuanye berjalan lancar dan mendapat respon yg baik dari pihak sekolah....


KENANGAN SEMASA HARI KOKURIKULUM...



 ~saya dan kanda hasra selaku DJ pada hari tersebut...~



selain itu,pada hari tersebut merupakan malam nisfu syaban dan saya sempat bersama adik-adik asrama smk alor akar menunaikan solat sunat nisfu syaban,bacaan yaasin dan sesi perkongsian ilmu...alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar....semoga segala ilmu yang di kongsi bersama di manfaatkan oleh semua...amin...







semoga selepas ini alumni asrama smk alor akar dapat bergiat dengan lebih aktif dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi kanda hasra atau saya sendiri.....marilah kita sama-sama membangunkan asrama smk alor akar...sekian sahaja dari saya...wassalam...

disediakan oleh : zhafran zaid

No comments:

Post a Comment